Ahad, 19 Februari 2012

Semoga cepat sembuh....

Pada 7/2/2012 yang lalau warga SKSE telah dikejutkan dengan satu kemalangan yang melibatkan murid SKSE.... Sehubungan dengan itu, guru-guru dan juga PPM Program Pendidikan Khas SKSE telah menziarahi SITI FATIMAH MAHAD di Hospital Melaka... Kami mendoakan agar adik Siti Fatimah cepat sembuh dan kembali ke sekolah......




Tahniah Pn. Saliza

Tahniah kepada Pn. Saliza di atas kelahiran cahayamata yang ke 3 pada 16 Februari 2012 jam 4.00 pagi... Bayi perempuan seberat 2.9kg... Guru Besar yang di temani suami beliau dan juga En. Yusoff selaku wakil Kelab Guru telah menziarahi Pn. Saliza di Hospital Melaka.

Program Terapi Air 2012

Tarikh : 16 februari 2012
Masa : 8.00 pg - 12.00 tgh
Tempat : Air Panas Gadek

Seramai 15 orang murid Program Pendidikan Khas SKSE dan 4 orang guru serta 2 orang PPM telah mengikuti program tersebut.



Rabu, 8 Februari 2012

Salam Takziah Buat Siti Fatimah Mahad




Salam takziah kami ucapkan kepada  SITI FATIMAH MAHAD serta keluarganya kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 7/2/2012 (Selasa) dalam perjalanan pulang dari sekolah.  Siti Fatimah merupakan murid Pendidikan Khas di sekolah ini. Kini Siti Fatimah dirawat di Hospital Melaka. Kami mendoakan agar Siti Fatimah cepat sembuh dan kepada keluarganya, agar tabah menghadapi dugaan ALLAH.... Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya....

Rabu, 11 Januari 2012

Lawatan Penanda Aras SK Melaka Pindah ke Program P.Khas

Seramai 30 orang guru-guru dari SK Melaka Pindah, Alor Gajah telah hadir ke sekolah SKSE untuk lawatan penanda aras... Mereka telah datang melawat kekelas Pendidikan Khas....



Warga Program Pendidikan Khas SKSE 2012

Pada tahun 2012 seramai 15orang murid telah mendaftarkan diri di sekolah SKSE iaitu 5orang murid perempuan dan 10 orang murid lelaki . Program pendidikan khas telah menerima 3 orang pelajar baru, dan 12 orang pelajar yang sedia ada...
Tenaga pengajar terdiri daripada 5 orang guru, 1 orang guru lelaki dan 4 orang guru perempuan dan dibantu 2 orang PPM..


Murid baru iaitu Yusri dan Ikmal Hakimi

Murid baru- Fatin Najwa

Murid-murid Program Pendidikan Khas 2012

Kelas Inovatif- dari kiri, Shahrofie, Hanum, Hijjaz, Razali dan Syafiq
Guru Kelas - Pn. Habibah Bt Maarof

Kelas Kreatif- Barisan belakang dari kiri, Shah Zaim dan Faidhi
Barisan hadapan dari kiri, Syafiq, Pooja dan Fatimah
Guru Kelas- Pn. Wan Norherawati Bt W. Salleh

Kelas Positif- Barisan belakang dari kiri, Aqil, Syuhada dan Zulazri
Barisan hadapan dari kiri, Yusri dan Ikmal Hakimi
Guru Kelas- Pn. Sa'adah Bt Abu

TERIMA KASIH DAN SELAMAT MAJU JAYA USTAZAH....

Kami mengucapkan tahniah kepada Ustazah Siti Zulaikha kerana mendapat tawaran KPLI di UPSI.. Kenangan bersama di Program Pendidikan Khas SKSE tetap dalam ingatan.... kami mendoakan kejayaan Ustazah...

Sumbangan ikhlas daripada guru-guru dan murid-murid PK

Bergambar kenang-kenangan bersama murid-murid PK



Selasa, 15 November 2011

Sambutan Hari Lahir dan Jamuan Akhir Tahun P.Khas SKSE

Tarikh: 15hb November 2011
Hari: Selasa
Tempat: Kelas Pendidikan Khas SKSE


Selasa, 25 Oktober 2011

Hari Jualan SKSE; Gerai P.Khas

Tarikh: 25hb Oktober 2011
Hari: Selasa
Masa: 8:00 pagi - 2:00 petang


 Pn.Sa'adah dan Pn.Wan
 Menu jualan makanan di Gerai P.Khas
 Murid-murid SKSE yang membeli kek coklat aiskrim di Gerai P.Khas

 Ustaz Mohd.Noor turut membeli 'banana split' aiskrim di gerai P.Khas

 Banana Split Special

 En.Mohd Zaki, Penyelaras P.Khas SKSE selaku pengacara majlis pada hari jualan
 Cikgu Zaki turut mengambil bahagian dalam pertandingan membuat Sandwich dan jus

 Murid-murid P.Khas turut membeli di Gerai P.Khas
 Pn.Siti Aziah yang sedang bertugas menjaga Gerai Pentadbir dan Staf
 Pn.Hasliza sedang membantu En.Sudin menjual kupon hari jualan

Tahniah Cikgu Zaki kerana mendapat tempat ketiga dalam pertandingan membuat sandwich

Ahad, 9 Oktober 2011

Video Gambar Lawatan P.Khas SKSE ke Pulau Langkawi

Tarikh lawatan: 4hb - 7hb Oktober 2011
Tarikh bertolak ke Pulau Langkawi: 4hb Oktober; 8:30 malam
Tarikh bertolak pulang ke Melaka: 7hb Oktober; 11:30 pagi
Tempat berkumpul: SK Simpang Empat
Penglibatan: Guru-guru P.Khas SKSE, murid-murid P.Khas SKSE bersama ibu bapa/penjaga masing-masing
Tempat-tempat yang dilawati:
  1. Padang Besar, Perlis
  2. Kilang Pembuatan Minyak Gamat - Sireh Lagenda
  3. Makam Mahsuri
  4. Langkawi Underwater World
  5. Langkawi Cable Car
  6. Langkawi Wildlife Park
  7. Pusat beli-belah popular di Langkawi - Idaman Suri, Haji Ismail Group, Langkawi Saga dan lain-lain 

Jumaat, 30 September 2011

Video Gambar Kejohanan Hari Sukan SKSE 2011

Tarikh Kejohanan Sukan SKSE: 29hb September 2011
Hari: Khamis
Masa: 2:00 petang - 5:00 petang
Perasmi: YB Datuk Latifah binti Omar
Tempat: Padang SKSE



Edited by Cik Siti Zulaikha binti Salleh

Khamis, 29 September 2011

Kejohanan Sukan Tahunan - Persiapan Rumah Pendidikan Khas

Tarikh: 29hb September 2011
Hari: Khamis
 Gambar-gambar persiapan setiap rumah sukan sebelum Kejohanan Sukan Tahunan bermula. Ini adalah rumah Pendidikan Khas dengan maskotnya  Lebah




Pasukan Rumah Hijau diketuai oleh Pn.Ema Moniza binti Esmail

Pasukan Rumah Merah diketuai oleh Pn.Katina binti Seman


Pasukan Rumah Biru diketuai oleh Pn.Zaidah binti Hussin


 Pasukan Rumah Kuning dengan maskotnya Spongebob Squarepants diketuai olah Pn.Hazlinda binti Mohsin