Rabu, 30 Mac 2011

Maklumat Murid P. Khas SKSE

Inilah permata-permata Pendidikan Khas SKSE..













Jumaat, 25 Mac 2011

Majlis Tilawah Al-Quran Zon Alor Gajah

Pada 24 Mac 2011 telah diadakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Alor Gajah bertempat di SK Melekek. 3 orang murid pendidikan khas SK Simpang Empat telah mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan iaitu Tilawah Lelaki dan Perempuan serta pertandingan Azan Subuh. Nurul Ain Abd. Aziz telah mewakili sekolah dalam pertandingan Tilawah (Perempuan) dan Razali bin Abu Bakar merupakan wakil bagi kategori tilawah (lelaki). Nurhijjaz bin Zakaria telah mewakili sekolah dalam pertandingan azan Subuh. Tahniah kepada adik nurul Ain dan Nurhijjaz yang telah memenangi tempat kedua iaitu naib johan dalam kategori masing-masing. Walaupun agak kecewa kerana tidak mewakili zon alor gajah ke peringkat negeri namun kesemua peserta telah menunjukkan prestasi yang baik ketika bertanding. Syabas diucapkan! Moga murid pendidikan khas SK Simpang Empat tidak akan berputus asa dan merangkul kejayaan pada tahun hadapan..insyaAllah.

Razali bin Abu Bakar (Peserta Tilawah)

Nurul Ain Abd. Aziz (Peserta Tilawah)

Nurhijjaz bin Zakaria (Peserta Azan Subuh)
Para Peserta bergambar bersama guru praktikum

para peserta bergambar bersama guru praktikum

Antara hakim-hakim yang mengadili

Para peserta bergambar bersama guru pengiring dan Guru Besar SKSE Pn Hjh Zulekha Abd Rahman




Naib Johan Tilawah; Nurul Ain Abd Aziz

Naib Johan Azan Subuh; Nurhijjaz bin Zakaria

Ahad, 6 Mac 2011

Gotong-royong Perdana

SKSE telah menganjurkan satu gotong-royong perdana pada 5 Mac 2011 yang lalu. Program P.Khas SKSE tidak melepaskan peluang untuk sama-sama bergotong-royong memperindahkan lagi kawasan kelas P.Khas SKSE dan membuat gerbang orkid P.Khas SKSE. Murid-murid dan guru sama-sama  bekerjasama..semuanya begitu rajin. Tahniah kepada semua warga P.Khas SKSE.