SEJARAH PEMBUKAAN KELAS PENDIDIKAN KHAS
SK SIMPANG EMPAT
Kelas ini mula dibuka pada tahun 2004 oleh En.Mohd Zaki bin Baharom. Beliau merupakan penyelaras dan pengasas kelas pendidikan khas di sekolah ini. Pada peringkat awal beroperasi kelas ini hanya mempunyai seorang murid dan seorang guru. Kini kapasiti murid telah bertambah kepada 16 orang. Murid-murid terdiri daripada kategori slow learner dan sindrom down. Sekarang, kelas ini mempunyai 7 orang tenaga pendidik dan 2 orang pembantu.