Rabu, 10 November 2010

Terapi Air Panas Gadek,Tampin

Perjalanan ke lokasi Air Panas Gadek memakan masa selama 15 minit sahaja.Bertolak dari sekolah bermula jam 8.30 pagi .Petugas lokasi memberi penerangan tentang keselamatan apabila berada di dalam air panas kepada murid-murid dan guru-guru.Murid-murid kelihatan sangat seronok dengan aktiviti air yang akan dijalankan.Pada permulaan aktiviti 3 orang murid agak ketakutan kerana suhu air yang agak panas tetapi mula seronok apabila dibantu guru masuk ke dalam air dan melakukan pelbagai aktiviti . Terapi berhenti rehat dengan jamuan ringan dan kami bertolak pulang jam 12.00 tengahari. Objektif tercapai di mana murid-murid dapat belajar luar dari persekitaran sekolah serta dapat meningkatkan kemahiran fizikal serta daya ketahanan jantung mereka terutama kepada murid-murid Sindrom Down.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Aktiviti PPKI Simpang Empat

Beberapa aktiviti telah dirangka sepanjang tahun 2010 untuk murid Pendidikan Khas, Antaranya ialah Terapi Air, Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur, Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Zon, Perlawanan Ten Pin Bowling Peringkat Zon, Lawatan Ke A'Famosa Water World dan Animal Safari serta beberapa program lagi.

TERAPI AIR
 Apakah terapi air?

Terapi air atau terapi hidro bermakna menggunakan air dalam sebarang bentuk untuk mengembalikan tenaga,
mengekal dan menjaga kesihatan. Ada banyak jenis terapi air yang ditawarkan termasuklah
sauna, mandi wap, mandi sitz (hanya merendamkan punggung dan paha) atau sekadar berendam
dalam air suam. Malah, penggunaan pek panas atau sejuk bagi melegakan kesakitan otot juga
dianggap sebahagian daripada hidro terapi.

Sejarah terapi air

Berdasarkan sejarah, terapi air dipelopori paderi Bavaria Jerman, Sebastian Kneipp pada awal
abad ke-19 yang menghidap batuk kering. Dia percaya banyak penyakit boleh disembuhkan
dengan menggunakan air bagi menyingkirkan bahan kumuh dan toksik daripada badan.
Ketika sakit dia membaca buku mengenai terapi hidro karya seorang pakar perubatan
mengatakan penyakitnya itu boleh dirawat dengan berendam dua atau tiga kali seminggu di
Sungai Danube yang sejuk bagi merangsang sistem imun. Terbukti selepas melakukannya,
kesihatan Kneipp bertambah baik dan dari situ dia mula meneroka lebih dalam mengenai terapi
air dan memperkenalkan kaedahnya sendiri.
Sebenarnya sejarah rawatan menggunakan air bermula 4,500 tahun sebelum Masihi berdasarkan
penemuan runtuhan tab mandi kuno di Pakistan. Manakala rumah mandi awam dikatakan
menjadi antara unsur penting dalam budaya Rom kuno. Malah, pakar perubatan Rom, Galen dan
Celsus menulis makalah menyarankan amalan mandian sejuk dan suam bagi mencegah penyakit.
Rumah mandi awam mula popular di seluruh Eropah pada kurun ke-17 dan 18 dan menjadi
ikutan di Amerika pada pertengahan tahun 1700-an. Penggunaan air bagi tujuan perubatan juga
tercatat dalam sejarah Cina, Jepun, India, Yunani dan Timur Tengah.

Kebaikan terapi air

Bagaimana air boleh menjadi ejen rawatan? Sifat air sangat unik. Ia boleh wujud dalam tiga
bentuk iaitu cecair (air), pepejal (ais) dan wap. Air boleh menyimpan dan mengalirkan haba serta
tenaga. Ia juga boleh melarutkan bahan lain seperti garam galian. Pada suhu bilik air tidak
menyakitkan walaupun anda seorang yang amat sensitif pada perubahan persekitaran. Inilah sebabnya
kita boleh mandi beberapa kali sehari tanpa sebarang masalah. Asas dalam terapi air ialah suhu air yang digunakan. Air sejuk akan memberi rangsangan kepada salur darah yang dekat dengan kulit untuk
mengecut dan mengalihkan lebih banyak aliran darah ke organ dalam badan.Manakala air suam pula
akan merehatkan otot, mengembangkan salur darah dan membantu menyingkirkan bahan buangan
daripada tisu badan. Menggunakan air sejuk dan suam secara berselang seli dikatakan boleh
memperbaiki proses penyingkiran bahan kumuh, mengurangkan keradangan dan merangsang aliran darah.
Antara kelebihan lain ialah;

> Menguatkan otot
> Memperbaiki keupayaan melakukan senaman regangan (pergerakan yang tidak boleh
dilakukan di darat boleh dibuat dalam air)
> Meningkatkan daya ketahanan (melalui senaman dalam air). Ini amat baik untuk pesakit kanak-kanak serebral palsi atau pesakit dewasa yang kerap alami kekejangan otot.
> Memperbaiki keseimbangan
> Merehatkan minda dan badan
> Melegakan kesakitan
> Meningkatkan kepekaan deria
> Meningkatkan keyakinan diri khususnya pada pesakit yang tidak dapat mengikuti program di
darat boleh mendapat manfaat melalui terapi air dan membuatkan mereka berada lebih baik.
> Mengurangkan kesakitan dan bengkak akibat kecederaan
> Mengurangkan suhu badan (ketika demam)
> Membantu badan menyingkirkan bahan toksin
> Air menjadi ejen anti pengecutan otot yang tidak terkawal
> Membantu mengatasi masalah sembelit
> Meningkatkan sistem imun badan
> Membantu mengawal tekanan darah dan paras gula dalam badan
> Membantu memperbaiki pernafasan
Terapi air boleh membantu pesakit yang mengalami masalah;
# Sakit belakang atau mengalami kecederaan pada anggota badan (termasuk tangan dan kaki)
# Semua jenis artritis
# Pesakit yang ada masalah urat saraf (neuro) seperti yang alami kecederaan tulang belakang,
strok, Parkinson, kanak-kanak serebral palsi (bagi meningkatkan kepekaan deria dan menguatkan
otot seluruh badan), pesakit jantung, pernah menjalani pembedahan penggantian lutut, pesakit
yang jalani pemulihan rawatan jantung.
# Wanita hamil (terutama yang kerap alami masalah sakit belakang)

Jumaat, 20 Ogos 2010

Lawatan ke Animal Safari & Water World A'Famosa

Gambar kenangan di A'Famosa Water World dan Animal Safari
Tarikh lawatan:  8/11/2010
Murid-murid P.Khas SKSE sedang beratur untuk masuk ke Animal Safari

Tenaga pengajar P.Khas SKSE bergambar kenangan di pintu masuk Animal Safari

Murid-murid P.Khas bergambar kenangan di Animal World Safari

Murid-murid menyaksikan pertunjukan gajah



Antara haiwan-haiwan yang terdapat di Animal Safari



Murid-murid menjalani terapi air di A'Famosa Water World


Wajah ceria murid-murid yang seronok menjalani terapi air

Selasa, 25 Mei 2010

Persembahan Nasyid sempena Ihtifal SKSE 2010

Tarikh : 25 Mei 2010
Hari : Selasa
Tajuk Nasyid : Andai Ku Tahu
Penglibatan : semua murid P.Khas SKSE